Tąk sąngka ayąh sndiri ckąp bląkang ttg ąku dan suąmi, sbb tu jgąn duk sebumbung dgn ibubąpa lps kąwin.

Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih jika hasil tulisanku disiarkan.

Nama aku Siti Aishah. Aku mervpakan seorang penjawat awam berusia 30an, anak bongsu, sudah bersuami dan memiliki 3 orang anak per3mpuan. Kedua ibu bapaku berusia 70an. Suamiku menjalankan perniagaannya sendiri.

Kehidupan kami pada asalnya normal seperti biasa, tinggal di bandar yang agak jauh dari rumah ibu bapa dan mertua. Kami akan balik kampung sebulan sekali atau dua kali.Setelah beberapa tahun menetap di sebuah bandar di selatan tanah air, aku mula berhasrat untuk pindah ke kampung halaman.

Aku sememangnya lahir dan dib3sarkan di kampung, jadi jiwa kekampungan sudah begitu sebati. Hasrat aku disokong sepenuhnya oleh suamiku. Dia tidak kisah aku hendak brpindah ke kampung halamanku, dia akan mengikut sekali dan memulakan perniagaan di kampung halamanku.

Maka di sinilah bermulanya cerita. Untuk pengetahuan semua, hasrat aku untuk pulang ke kampung halaman disokong oleh semua ahli keluarga.Ibu bapa akulah yang paling gembira dan amat berharap aku dapat pindah. Ayahku menyatakan hasratnya untuk menyerahkan tanah pusaka (tapak rumah ibu bapaku) kepadaku.

bersyukur kerana impianku sememangnya mahu membina rumah di kampung walaupun aku telah membeli rumah berhampiran tempat kerja. Setelah beberapa kali gagal utk bertukar tempat kerja, doaku dimakbulkan Allah. Aku menerima surat penempatan semula di kampung halamanku. Gembiranya aku bukan kepalang.

Bukan mudah untuk ditukarkan ke kampung halaman kerana sektor pekerjaanku agak kritikal di kawasan bandar. Lalu, kutinggalkan semua rakan-rakan, jiran-jiran,rakan sejawat tersayang,begitu juga rumah yang telah kubeli di bandar untuk sebuah kehidapan ‘bahagia’ di desa.

Kusangka langit cerah hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.Kehidupan ‘bahagia’ di desa bertukar ‘disaster’. Ceritanya bermula apabila aku menumpang tinggal di rumah ibu bapaku sementara aku bina rumah.

Bermula dengan urusan tanah yg mencetuskaan salah faham dalam kalangan adik beradik yang lain. Ok, fine. Aku beritahu ibuku, aku tak mahu secebis pun tanah ibu bapaku lagi, hatiku terguris dengan isu tanah tersebut kerana menyebabkan maruahku tercalar.

Rumah tak jadi kubina, aku fokus kepada beli rumah pula yang prosesnya agak lama untuk cari rumah yang sesuai. Betullah kata orang, jauh wangi,dekat busuk. Hidup bahagia di samping keluarga tersayang yang kudambakan bahagia bertukar menjadi mimpi ngeri dalam hidupku.

Sebulan pertama semuanya berjalan lancar, aman, tenang walaupun aku sedikit kalut menguruskan segala urusan di tempat baru.
Masuk bulan kedua, mungkin ibuku sudah mula bosan dengan kami. Sikapnya mula berubah. Dia sudah mula tidak mahu bercakap denganku. Layanannya terhadap anak-anakku turut berubah.

Dia asalnya seorang yang ceria dan periang. Aku mula merasai perubahannya. Dia menjadi pendiam, murung dan garang. Tetapi apabila jiran atau adik beradik lain datang, dia ok sahaja. Untuk pengetahuan semua, ibuku juga seorang yang tidak akan mendengar kata sesiapapun.

Puas aku terangkan padanya, dia tidak perlu buat segala kerja rumah,buat apa yang dia mampu sahaja, balik kerja aku akan uruskan semua. Namun, apa yang aku katakan ibarat mencurah air di daun keladi. Dia beri seribu alasan, contohnya, ‘takkan nak masak dua kali, mak masak sekali lah’.

Tentang barang dapur pula, dia seolah-olah cuba mengasingkan barangku dgn barangnya. Ibuku tak mahu gunakan barang dapurku. Beras yang kubawa dari rumahku semasa berpindah, tidak berusik. Aku ‘slow talk’ dengannya untuk meredakan keadaan, tapi keadaan tidak berubah.

Semakin hari keadaan semakin worst. Ibuku yang sememangnya tidak suka suamiku, semakin menunjukkan protesnya. Mungkin suamiku tidaklah seperti anak-anak lelakinya yang rajin dan baik ibarat lelaki kiriman syurga.

Aku juga tidak mampu menjadikan suamiku seperti abang-abangku, kecuali aku ada kuasa ‘magic superpower’. Suamiku cuba mengambil hatinya,tapi keadaan tidak berubah. Ada sahaja yang tidak kena dimata ibuku. Anak-anak sukar dikawal kerana ibuku sangat sensitif kalau aku dan suami marahkan anak.

Masuk bulan ketiga, setelah usaha berdamai gagal, aku mula mendapatkan maklumat dari adik beradikku yang lain. Speechless aku mendengar segala cerita yang berlegar-legar selama ini. Ayahku yang selama ini kulihat tidak ‘ambik port ‘ tentang kemelut aku dengan ibu rupanya pun sama.

Dia rupanya pernah datang ke rumah abangku secara tiba-tiba dan marah-marah disebabkan isu tanah yang kukira sudah tutup buku.

Semasa ketiadaanku disebabkan balik ke rumah mertua, ayahku pernah kumpulkan adik beradik dan anak-anak saudaraku untuk berbincang tentangku. Allahu. Sebaknya hati. Sedangkan aku tidak tahu apa-apa dan ayahku tidak pernah berterus terang denganku.

Untuk pengetahuan semua, Segelintir ahli keluargaku memang suka ‘cakap belakang’ dan itulah yang selalunya menghancurkan kemesraan kami.

Sebenarnya itu tidak lagi mengguris hatiku, yang menghancurluluhkan hatiku apabila aku dengar rupanya ibu canangkan pada adik beradik, aku tidak beli barang dapur, tidak pernah masak, dia penat buat semua kerja rumah.

Allah, Istighfar panjang aku dengan deraian air mata. Allah, betapa aku ‘struggle’ membahagikan masa antara komitmen kerja, anak-anak dan tugasan rumah.

Apa yang aku buat hanya sia-sia selama ini. Niatku untuk menjaga kedua orang tuaku rupanya dibalas dengan hinaan dan kebencian.

Entah apa lagi yang ibuku canangkan, aku tak mampu dengar.Aku merasakan kasih sayang ibu bapa terhadapku sudah hilang,yang ada hanya kebencian. Buat masa ini aku sedang bertahan sebelum keluar dari rumah ‘bahagia’ ini.

Aku tidak mampu berhadapan dengan ibu bapaku untuk berbincang dan memperbaiki keadaan, aku takut aku akan hilang kawalan dan jadi anak derhaka.

Aku juga sedih memikirkan maruahku yang sudah dijaja dalam kalangan adik beradik, anak saudara dan entah siapa lagilah, mungkin jiran-jiran juga.

Aku akan berpindah ke rumah sewa tidak lama lagi. Berbaki 2 minggu sebelum pindah ke rumah sewa, aku rasakan bagai 20 tahun.

Banyak lagi sebenarnya dugaan sepanjang 3 bulan tinggal bersama ibu bapaku yang tak mampu aku coretkan.

Semoga kisahku ini menjadi iktibar kepada semua. Doakan aku kuat – Siti Aishah (Bukan nama sebenar). Kredit edisimedia.

Antara komem netizen :

Cik Adiera : Bab harta memang boleh buat gaduh. Disebabkan emak saya ada pengalaman dibenci keluarga sendiri, bila kami dah dewasa emak ayah suruh kami simpan duit pecah nama tanah masing2.

So tanah yang ayah bagi masing2 dah dpt bahagian. Walaupun emak ayah saya tak kisah anak2 tinggal dengan dia, tapi kami xnak la nanti timbul isu kemudian hari. Kadang2 bukan mak ayah punca, kadang2 mulut orang lain jadi punca. Sabarlah Puan. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Semoga puan terus kuat *hugs*

Kereta Mampu Milik : Biasalah org tua,buruk2 dia tetap ibubapa kita. Sy pun sama,xleh lama sngt n kerap sngt jmpa mak kandung. Biasalah ppuan ni emo,org kata 1 umah xleh ada 2 Queen..

Sbb tu sy amik keputusan dok asing, sesekali jenguk. Rindu jumpa bru rasa kemanisannya.
N tolong apa yg patut. Tp klu mil. Hurmm sy tetap hormat sbg org tua shj.

Semua urusan sy serah pd anak kandung dia..
Dlm Islam pun xsebut itu sbg tanggungjawab sy. N plis klu rasa xngam dgn mak kandung jgn jauhkan diri n serah tanggungjawab bulat2 pd ipar. Ni selalu sy dengar sbb nk tutup kesalahan sendiri.

Md Noh : Sama mcm aku. Bila aku ada masalah dgn wife, mil aku sanggup kejut kami suami isteri pkl 1 pagi. Aku ingat nak nasihat kami suruh settle masalah ke ape.

Alih2 dia cakap suruh aku ceraikan wife aku. Masa tu anak aku umur 12 tahun terjaga sama, dia dengar kitaorg sembang sambil menangis.

Fil aku ok, selalu cakap baik2 dgn aku suruh aku settle masalah. Mil aku tu tak tahan. Btul org cakap, kalau kita anggap dpt mertua tahap dewa dewi pun, jgn lah tinggal sama.

Biar hidup sendiri susah macamana pun. Aku drag masalah aku setahun lebih nak selamatkan rumahtangga aku, last bercerai jugak.

Sumber : Figuraku

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Coretan Nasihat Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini