Tąnya Khąbar P𝚞n Tidąk, Leląki Kerją Jauh T𝚎rkiląn Keluąrga Cąll Hanya Nąk Duit

Sudah menjadi lumrah bagi anak lelaki, kebanyakan mereka akan merantau jauh ke tempat lain untuk mencari rezeki buat keluarga di kampung. Tidak kisah seberat manapun kerja tersebut, semuanya demi ibu ayah dan adik-adiknya agar dapat hidup dengan senang. Walau terpaksa merantau dan tinggal berjauhan, nasib sahaja sudah ada kemudahan video call yang membolehkan kita menghubungi mereka di kampung pada bila-bila masa.

Bila telefon mesti tanya duit duit duit. Belum pernah saya rasa ditanya khabar

Namun begitu lain berbeza dengan nasib seorang pemuda ini yang mana berhadapan dengan situasi yang sedikit berbeza. Walau sudah berkorban mencari nafkah untuk menyara keluarga, dia agak sukar menerima hakikat bahawa segala penat lelah yang sudah dicurahkan seakan-akan tidak dihargai.

Mengikut luahan yang dibuatnya, mereka hanya cuma berbicara tentang wang ringgit sahaja apabila menelefonnya. Mungkin agak berbeza dengan keluarga lain yang akan bergurau senda dan bertanya khabar, lelaki ini langsung belum pernah merasai moment yang sedemikian.

@gtn2_yudhi981apa yang harus kuperbuat ya allah 😭🙏

♬ original sound – S. K seketaris Dewi – CND owner 🌸Bunda Dewi 🌺

Keluarga anggap kita keluarga bila kita ada duit je

Sambil mengesat air matanya yang sudah bertakung, dia juga agak buntu dengan sikap keluarganya sendiri. Sejak dimuat naik, video berkenaan sekali gus mengundang sebak di kalangan netizen. Mereka seakan memahami gelodak yang dirasakan, ramai juga yang berkongsikan kisah sama di mana diri mereka hanyalah cuma dianggap keluarga apabila mempunyai wang ringgit.

Sumber: TikTok gtn2_yudhi981, kisahdunia.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Coretan Nasihat Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini