Tidąk Dąpat R𝚎ntąs Neg𝚎ri Sąąt Ibu Kritikąl,Fr0ntlin𝚎r T𝚎rkiląn Tak S𝚎mpąt Mintą Ampun

Berbulan menanggung rindu dan mengikut segala peraturan larangan merentas negeri namun, sangat terkilan apabila saat berdepan kecemasan langsung tiada simpati yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa.
Bukan berlaku sekali dua, boleh dikatakan semakin kerap rakyat marhaen meluahkan rasa terkilan akan sikap ‘double standard’ di mana dengan mudah membenarkan golongan kayangan merentas negeri atas alasan tidak munasabah.
Kesal urusan rentas negeri dipersulitkan

Terbaru,menerusi laman Facebook Lina Kamarudin meluahkan rasa kecewa apabila urusan merentas negeri untuk melihat ibu mertuanya yang sedang tenat tidak dibenarkan.
Menurut Lina, beberapa hari sebelum kejadian, ibu mertuanya ada memaklumkan kepada suami bahawa kakinya bengkak ketika video call.Disebabkan rasa bimbang, mereka membuat keputusan untuk membuat pemohonan merentas negeri namun tiada dokumen lengkap membuat pemohonannya tidak dilayan.

Ibu terima rawatan di kecemasan
Pada hari berikutnya, mereka menerima khabar bahawa warga emas tersebut collapse dan
menerima rawatan di unit kecemasan namun, sukar mendapatkan dokumen bagi pengesahan rawatan membuatkan mereka terpaksa menunggu sehingga pagi.Bagaimanapun, pegawai polis berkenaan seolah-olah tidak percaya dengan bertanya pelbagai soalan sehingga lah pihak mereka menerimaperkhabaran duka dimana warga emas tersebut telah pergi dijemput llahi.
Lebih bertambah terkilan apabila khabar duka tersebut tidak disambut baik oleh pegawai tersebut namun meminta sijil kematian bagi membuktikan perkara tersebut.

Sampai hati buat frontliner macam ni
Selepas berdebat dan akhirnya mendapat surat pelepasan tapi seperti tidak bererti apabila jasad
insan yang disayangi sudah tidak bernyawa.
Terkilan dan kecewa akan kejadian tersebut, lebih-lebih lagi apabila suaminya merupakan salah seorang frontliner yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun selain turut bertarung merawat pesakit Covid-19.

Tolong jangan salah guna pelepasan
Meskipun reda akan ketentuan llahi, Lina meluahkan rasa terkilan apabila hal kecemasan sebegini menyusahkan rakyat marhaen namun
golongan kayangan bebas merentas negeri.

Sumber: Facebook Lina Kamarudin, redaksi.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Coretan Nasihat Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini