Untungnya Siapa ‘Dikejutkan’ Oleh Allah Terjaga Di Tengah Malam, Terus Amalkan Baca D0a Ini

Alangkah beruntung sese0rang itu jika terjaga dari tidur di tengah malam. Jangan lepaskan peluang ini untuk bangun dan tunaikan apa yang patut seperti s0lat sunat hajat atau tahajjud.

Sebenarnya terjaga di tengah malam merupakan perkara biasa dan jika terjaga digalakkan untuk berzikir dan berd0a seperti dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Dari ‘Ubadah bin Shamit Radhiallahu’anhu, dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam beliau bersabda.

“Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca atau dia berd0a (dengan d0a yang lain), maka akan dikabulkan d0anya. Jika dia berwudhu dan melaksanakan s0lat maka akan diterima s0latnya.”

Doa Ketika Terjaga Di Tengah Malam

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، اَلْحَمْدُ لِلَّهِ، وَسُبْحَانَ
اللَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِال

Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa ‘alaa kulli syai-in qodiir, alhamdulillaah, wa subhaanallaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Segala Puji bagi Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.”

Kemudian dia mengucapkan:

للَّهُمَّ اغْفِرْ لِي

Allaahummaghfir lii.

Ya Allah, ampunilah dosaku.

Imam Ibnu Baththal Rahimahullah berkata,

“Bagi 0rang sampai kepadanya hadits ini, sepantasnya dia berusaha mengamalkannya dan mengikhlaskan niatnya (ketika mengamalkannya) untuk Allah Ta’ala.” (dinukil oleh Imam Ibnu Hajar Rahimahullah dalam kitab Fathul Baari 3/41).

Justeru marilah sama samalah kita berusaha mengamalkan amalan berdoa ini bila terjaga pada tengah malam. Jelas ia merupakan perkara yang mulia dan disukai Allah.

SUMBER: DAILY HIJRAH

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.