[VIDE0] Pemuda Gigih Tulis Al-Quran Guna Tangan, Niat Jadikan Mahar Buat Bakal Isteri

Pemuda Gigih Tulis Al-Quran Guna Tangan, Niat Jadikan Mahar Buat Bakal Isteri

Mas kahwin ataupun disebut sebagai mahar adalah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya atas sebab pernikahan. Ia boleh dibayar dalam pelbagai bentuk seperti wang, rumah mahupun barang kemas. Bagaimanapun, berbeza pula dengan kisah seorang pemuda berasal dari Indonesia ini di mana dia membuat persediaan untuk bakal isteri dalam cara yang cukup istimewa.

Tulis tangan ayat al-Quran

Menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok, pemuda yang dikenali sebagai Awwalludin Fajri itu memuat naik video memaparkan dirinya sedang menulis ayat al-Quran satu persatu secara terperinci. Namun, apa yang mencuri perhatian warganet adalah hasilnya yang nampak cukup cantik dan kemas persis cetakan komputer biarpun dia hanya menggunakan pen bebola biasa. Subhanallah!

Hadiah tidak ternilai buat bakal isteri

Dalam video berlainan pula, pemuda berkenaan mendedahkan bahawa al-Quran hasil tulisan tangan itu akan dihadiahkan kepada bakal jodohnya kelak.

Meskipun dia masih belum bertemu jodoh, Awwaludin sudah gigih menyiapkan al-Quran istimewa tersebut sebagai tanda cinta dan kasih terhadap suri hatinya nanti. Bak kata pepatah ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’.

Teruskan bakat anda

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan kegigihan yang ditunjukkan oleh Awwaludin. Malah, yang memuji bakat menulis dikurniakan kepadanya dan mendoakan dirinya agar disatukan dengan jodoh yang terbaik kelak.

Idaman dunia akhirat

Satu antara seribu lelaki di dunia

Lawanya tulisan

Kegigihan pemuda itu wajar dipuji kerana dia berusaha sedaya upaya memelihara kitab suci Allah dengan menulis setiap ayatNya satu per satu dengan tulisan yang cantik. Semoga dia dipertemukan dengan jodoh terbaik dan dengan berkat usahanya itu membuahkan pahala di akhirat nanti. Amin.

Sumber: @awwaludin.fajri / lakarmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Coretan Nasihat Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini